Kaki tersepit mangkuk tandas

Oleh NUR ALINA HASSAN

MUAR- Seorang kanak-kanak berdepan detik cemas apabila kaki kirinya tersepit dalam sebuah mangkuk tandas dipercayai tergelincir ketika berada di kediamannya di Taman Nilam Sari di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd. Jefri Jamal berkata, dalam kejadian pukul 12.54 tengah hari itu, seramai 11 anggota bersama sebuah jentera dan kenderaan Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

Menurut beliau, mangsa yang berusia 11 tahun telah dibantu oleh anggota bomba dengan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan kaki kirinya yang tersepit.

“Kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Anggota badan yang tersepit bermula dari tapak kaki hingga ke separuh betis.

“Difahamkan, mangsa mahu menggunakan tandas namun secara tidak sengaja kakinya termasuk ke dalam lubang dan tidak dapat dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, pasukan bomba bertindak mengeluarkan kaki mangsa yang mengambil masa lebih kurang 10 minit.

Operasi tamat pada pukul 1.34 tengah hari.-K! ONLINE.

The post Kaki tersepit mangkuk tandas appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *