Jururawat maut kemalangan atas Jambatan Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Seorang jururawat wanita maut selepas skuter ditungganginya terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga buah kenderaan di kilometer 5.0 Jambatan Pulau Pinang arah Perai di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa, M. Parithimalar, 33, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah selepas terperosok di bawah lori tangki minyak.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kemalangan membabitkan tiga kenderaan.

“Bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah lori tangki minyak dan dua buah motosikal.

“Terdapat dua mangsa iaitu seorang cedera dan seorang tersepit di bawah lori,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – K! ONLINE

The post Jururawat maut kemalangan atas Jambatan Pulau Pinang appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *