Jangan terpedaya akaun palsu FB Kosmo! kutip derma

KUALA LUMPUR – Pengguna laman sosial Facebook dinasihatkan tidak terpedaya dengan akaun palsu Kosmo!-Online yang digunakan mengutip derma.

Akaun palsu itu memuat naik beberapa kisah orang sakit untuk meraih simpati orang ramai dengan untuk kutipan derma.

Akaun rasmi akhbar Kosmo! iaitu Kosmo! Online tidak mempunyai sebarang kaitan dengan akaun palsu terbabit meskipun mempunyai nama yang sama.

Tangkap layar akaun Facebook palsu yang menggunakan logo Kosmo! Online.

Sebelum ini, syarikat yang menerbitkan akhbar Kosmo! iaitu Media Mulia Sdn. Bhd. pernah membuat laporan polis berhubung penggunaan logo palsu di laman sosial Facebook itu.

Facebook palsu itu telah dibuka awal bulan ini yang menggunakan modus operandi yang sama seperti dengan memuat naik posting orang sakit dengan tujuan mengutip derma.

Kosmo! Online tidak bertanggungjawab atas penipuan atau tidak mempunyai hubung kait dengan akaun palsu berkenaan.

Orang ramai diminta untuk mengikuti segala perkembangan berita sahih hanya di akaun rasmi Kosmo! Online yang mempunyai  467,572 pengikut. РK! ONLINE

The post Jangan terpedaya akaun palsu FB Kosmo! kutip derma appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *