Identiti mayat terapung di Sungai Dungun dikenalpasti

DUNGUN – Identiti mayat tidak berpakaian yang dijumpai kawasan menyedut pasir di Sungai Dungun berhampiran Kampung Padang Pulut di sini semalam telah dikenal pasti sebagai Kaherol Amry Hashim, 48.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, pengecaman telah dilakukan ahli keluarga mangsa di Unit Forensik, Hospital Dungun di sini.

 

KAHEROL

“Mayat tersebut disahkan sebagai Kaherol Amry Hashim yang menetap di Kampung Rantau Panjang di sini oleh ahli keluarganya.

“Kali terakhir dia dilihat sedang mandi di dalam sungai itu tidak jauh dari lokasi ditemui pada Ahad lalu,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Baharudin berkata, mayat Kaherol Amry yang sudah mereput ketika ditemui dipercayai meninggal dunia akibat lemas.

Kosmo! Online kelmarin melaporkan seorang pekerja rumah pam pasir menjumpai mayat lelaki terapung pada pukul 1 petang.

Siasatan awal polis tidak menjumpai sebarang unsur jenayah pada mayat Keherol Amry. – K! ONLINE

The post Identiti mayat terapung di Sungai Dungun dikenalpasti appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *