HLYM perkenal Yamaha Y15ZR GP Edition (2020)

KUALA LUMPUR – Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan model kapcai edisi terhad iaitu Yamaha Y15ZR GP Edition (2020) yang memaparkan skim warna pasukan MotoGP Monster Energy Yamaha.

Tema hiasan pada badan kapcai itu mengambil inspirasi daripada jentera lumba YZR-M1 milik pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP 2020 yang ditunggang dua pelumba MotoGP tim pengilang, Valentino Rossi dan Maverick Vinales.


Pelanggan yang membeli model Y15ZR GP Edition ini akan menerima satu sijil pemilikan eksklusif dan juga seutas jam tangan pintar koleksi Y15ZR.

Kapcai Y15ZR GP Edition sudah diedarkan kepada pihak pengedar rasmi Yamaha pada pertengahan Ogos lalu dan motosikal ini dijual pada harga asas RM8,868 (tidak termasuk insurans, pendaftaran dan lain-lain).




The post HLYM perkenal Yamaha Y15ZR GP Edition (2020) appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *