Hazani dilantik Pesuruhjaya Polis Sabah baharu

Oleh Ivan Amirul

KOTA KINABALU – Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Hazani Ghazali dilantik menjadi Pesuruhjaya Polis Sabah baharu.

Beliau mengambil alih jawatan terbabit daripada Datuk Zaini Jass yang bakal berpindah ke Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Pertukaran berkenaan difahamkan akan berkuat kuasa pada 14 September depan.

Sementara itu, Komander Briged Sabah, Pasukan Gerakan Am, Datuk Ahmad Fuad Othman bakal dilantik menggantikan Datuk Hazani sebagai Komander ESSCOM baharu. – K! ONLINE

The post Hazani dilantik Pesuruhjaya Polis Sabah baharu appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *