Hayati semangat kemerdekaan menerusi sikap prihatin

PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin menyeru rakyat di negara ini supaya menghayati semangat kemerdekaan dengan sentiasa menanam sikap prihatin yang mendalam terhadap satu sama lain.

Perdana Menteri menyifatkan semangat itu bersesuaian dengan tema Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu Malaysia Prihatin.

“Prihatinlah terhadap keluarga, sahabat, jiran, pekerja dan semua insan yang berada di sekeliling kita.

“Prihatin jugalah kepada tanah air. Jagalah kemerdekaannya, pertahankanlah kedaulatannya dan peliharalah keamanannya,” katanya ketika menyampaikan perutusan khas sempena Hari Kebangsaan ke-63 di sini hari ini. -K! ONLINE

The post Hayati semangat kemerdekaan menerusi sikap prihatin appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *