Hari Kopi Antarabangsa Wonda tawar promosi menarik

KUALA LUMPUR – Jenama kopi, Wonda hadir dengan pelbagai promosi menarik sempena sam­butan Hari Kopi Antarabangsa Wonda yang dianjurkan buat tahun ketujuh berturut-turut dalam suasana sambutan ulang tahun kemerdekaan.
Dalam situasi norma baharu, Hari Kopi Antarabangsa Wonda membawakan sesuatu yang berbeza untuk merapatkan hubu­ngan namun tetap mematuhi konsep penjarakan fizikal.
Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Alternatif Etika, Santharuban T. Sundaram berkata, dalam situasi sekarang, ramai yang merindukan rasa kopi kegemaran dari kampung halaman dan suasana berkumpul bersama sahabat handai di kafe atau kedai kopi.
“Kami ingin mencari cara untuk mengembalikan nostalgia ini menerusi inisiatif Hari Kopi Antarabangsa kali ini,” katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini.
Melalui inisiatif berkenaan, Wonda mengeluarkan empat varian kopi Hari Malaysia dalam tempoh masa terhad, iaitu Kopi Edisi Sarawak, Kelantan, Johor dan Pulau Pinang.
Pelanggan kini boleh mendapatkan rasa unik kopi tempatan di mana-mana dan pada bila-bila masa di peruncit terpilih se­perti 7-Eleven dan kedai Mesra Petronas. Selain itu, Wonda turut membawakan konsep persampelan kopi tanpa sentuh de­ngan meletakkan peti sejuk berisi produk Wonda di tempat terpilih seperti universiti, pejabat dan stesen LRT.
Peti sejuk itu akan terbuka ­secara automatik pada pukul tiga petang, memandangkan kajian menunjukkan ketika itu rakyat Malaysia mangalami fasa Blues 3 pm yang mana tahap tenaga ber­ada pada paras terendah selepas makan tengah hari dan memerlukan sesuatu yang menyegarkan.
“Kebiasaannya persampelan kopi dilakukan oleh promoter, namun kami berpandangan cara tersebut tidak sesuai ketika ini,” katanya.

The post Hari Kopi Antarabangsa Wonda tawar promosi menarik appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *