Hamzah dahului senarai penerima pingat kebesaran Sabah

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendahului senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kebesaran negeri Sabah sempena Hari Jadi Rasmi Ke-67 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin hari ini.

Hamzah menerima darjah kebesaran tertinggi Sabah iaitu Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Turut tersenarai menerima pingat sama adalah Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong.

Dalam pada itu, seramai 33 orang individu tersenarai bagi menerima darjah kebesaran kedua tertinggi Sabah, Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk.

Antara penerima termasuklah Peguam Besar Sabah, Brenndon Keith Soh, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Julita Majungki, ADUN Bingkor, Robert Tawik dan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sipitang, Matbali Musah.

Sementara itu, seramai 65 orang menerima pingat Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK), diikuti Ahli Darjah Kinabalu (ADK) seramai 94 orang, Bintang Setia Kinabalu (BSK) seramai 156 orang, Bintang Kinabalu (BK) seramai 186 orang,

Selain itu, ssramai 133 orang menerima Pingat Perkhidmatan Terpuji (CH) dan seramai 11 penerima Jaksa pendamai (JP).

Secara keseluruhannya, seramai 679 orang penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri Sabah sempena Hari Jadi Rasmi Ke-67 Yang di-Pertua Negeri Sabah pada tahun ini.

Sempena sambutan berkenaan, hanya istiadat pengurniaan pingat diadakan pada tahun ini yang dijadualkan di Istana Negeri pada jam 9 pagi ini.-K! ONLINE

The post Hamzah dahului senarai penerima pingat kebesaran Sabah appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *