Hajiji pertahankan kerusi Sulaman

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Datuk Seri Hajiji Noor kekal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman.

Keputusan itu diumumkan di laman rasmi SPR.

Hajiji mengalahkan calon Parti Warisan, Datuk Aliasgar Basri apabila mendapat majoriti undi sebanyak 3,099.

Kerusi DUN Sulaman menyaksikan pertembungan tiga calon Hajiji (BN), Aliasgar (Warisan) dan Rekan Hussien (PCS).

Pada Pilihan Raya Negeri Umum ke-14, Hajiji memperoleh majoriti undi sebanyak 7,774 daripada 11,711 pengundi. – K! ONLINE

The post Hajiji pertahankan kerusi Sulaman appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *