Gojo sasar 50,000 pemandu tahun 2021

KUALA LUMPUR – Penyedia perkhidmatan pengangkutan berasaskan e-hailing terbaharu, Gojo mengunjurkan seramai 50,000 pemandu berdaftar di ba­wah syarikat tersebut menje­lang akhir tahun hadapan.

Ketua Pegawai Operasi dan Pe­ngarah Kumpulan Gojo, Pra­deep Kumar berkata, unjuran ter­­sebut disokong pendaftaran luar jangka pemandu baharu yang kini mencecah 3,000 orang walaupun baru sahaja dilancarkan kurang dua minggu lalu.

Menurutnya, pemandu baharu yang mendaftar dengan Gojo sebelum 31 Disember 2020 turut berpelung memperolehi kredit e-dompet bernilai RM250 selain tiada potongan komisen selama dua bulan.

“Setakat ini, kami telah mem­belanjakan kira-kira RM500,000 nilai kredit e-dompet kepada le­bih 2,700 pemandu berdaftar di sekitar Lembah Klang.

“Berpegang teguh pada komitmen kami terhadap pemandu, Gojo turut menyediakan dana pe­ngasas yang bertujuan melin­dungi kebajikan pemandu yang terkesan dengan penularan pandemik Covid-19,” katanya di sini baru-baru ini.

Dari kiri (hadapan) Shaharul, Pengerusi NS Capital Ventures, Datuk Seri N. Surendran dan Kumar pada majlis penyampaian penutup muka dan bendera Malaysia kepada pemandu Gojo di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas Pradeep, menerusi dana tersebut, pemandu yang memperkenalkan penumpang layak menerima sebahagian kecil daripada hasil pendapatan.

Dalam pada itu, Pengarah Ope­­rasi Gojo, Shaharul Bahrin Nahruddin berkata, tujuan penu­buhan Gojo bukan sekadar bermotifkan keuntungan semata-mata.

“Kami mahu membantu pe­mandu serta penumpang yang mahukan perkhidmatan pengang­kutan yang cekap, cepat, selamat dan lebih murah,” ujarnya

The post Gojo sasar 50,000 pemandu tahun 2021 appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *