Geng pecah pejabat tumpas

KLANG – Kegiatan jahat sekumpulan lelaki memecah pejabat sejak sebulan lalu tumpas dengan tertangkapnya lima lelaki dalam serbuan berasingan di sekitar daerah ini, baru-baru ini.

Kesemua suspek berusia 21 hingga 47 tahun itu ditahan polis bermula kira-kira pukul 3.30 petang, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mereka diburu hasil laporan seorang pengurus kilang pembekal barangan perkakasan yang kerugian wang tunai RM1,000 dan pelbagai barangan termasuk televisyen litar tertutup (CCTV).

“Bertindak hasil maklumat kemudiannya menahan tiga lelaki kira-kira pukul 3 petang di Pandamaran.

“Soal-siasat seterusnya menangkap dua lagi suspek lain di sekitar kawasan sama,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.

Beliau menambah, polis turut merampas sebuah motosikal dan kereta jenis Proton Iswara selain mesin gerudi dari suspek-suspek berkenaan.

Ujarnya, siasatan mendapati mendapati empat suspek mengaku terlibat dalam kes itu manakala seorang lagi pembeli barangan curi terbabit.

“Semakan rekod mendapati semua suspek memiliki rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah.

“Kumpulan itu dipercayai aktif sejak awal Januari lalu,” katanya.

Jelas Shamsul Amar, kesemua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut  Seksyen 457 Kanun Keseksaan. РK! ONLINE

The post Geng pecah pejabat tumpas appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *