Gangguan air di tiga daerah Kelantan

Oleh ROHANA MOHD NAWI

KOTA BHARU – Sebanyak 32,018 akaun pengguna merangkumi lebih 100 kawasan sekitar Kota Bharu, Machang dan Pasir Puteh terputus bekalan air berikutan kebocoran besar yang berlaku Loji Rawatan Air, Merbau Chondong dekat Machang hari ini.

Ketua Jabatan komunikasi Korporat Dan Latihan, Air Kelantan Sdn.Bhd. (AKSB), Mat Noor Awang berkata, bekalan air terputus ekoran kerja-kerja yang pembaikian sedang dijalankan dalam tempoh tiga hari bermula hari ini dan dijangka siap Sabtu ini.

Katanya, kerja-kerja pembaikian paip air mentah jenis GRP bersaiz 1100 mililitersedang dilakukan oleh kontraktor yang dilantik.

“Berikutan kejadian itu, kita akan melakukan agihan air kepada semua pelanggan yang terlibat di seluruh kawasan berkenaan. Sebanyak 500 gelen air dibekalkan ke tangki statik disediakan di lokasi terpilih mengikut keperluan untuk kemudahan pengguna yang terjejas.

“Dalam tempoh tiga hari, kita akan menyediakan enam lori tangki ke seluruh kawasan bagi memastikan pengguna terlibat tidak terputus bekalan,” katanya pada Sidang Media Khas Penutupan Loji Rawatan Air Merbau Chondong di AKSB di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Jabatan Operasi AKSB, Wan Khairuddin Wan Omar dan Ketua Jabatan Pengeluaran dan Fasiliti AKSB, Wan Zamri Wan Hamat.

Mengulas lanjut mengenai bekalan air, Mat Noor berkata, lori tangki dari jajahan Tanah Merah, Kuala Krai, Tumpat, Pasir Mas, Machang dan Pasir puteh akan bergerak dalam tempoh 24 jam bagi memastikan pengguna tidak terputus bekalan.

Katanya, keutamaan penghantaran air ke akaun kritikal dan akaun besar termasuk di Pusat Akhlak Machang, Ibu pejabat Polis Daerah, Sekolah Berasrama Penuh, Universiti Teknologi Mara (UiTM), sekolah dan kantin.

Sepanjang tempoh pembaikian paip, orang ramai boleh menghubungi menerusi talian 15777 atau terus WhatsApp ke nombor 019-575 5777.

Sehubungan itu, AKSB memohon maaf di atas kesulitan pelanggan dan akan memastikan kerja-kerja dapat disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan. – K! ONLINE

The post Gangguan air di tiga daerah Kelantan appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *