G57 minta Shafie tampil beri penjelasan

KUALA LUMPUR – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) menggesa Datuk Seri Shafie Apdal tampil memberi penjelasan sekali gus membersihkan namanya berhubung dakwaan seorang aktivis yang mengaitkan Ketua Menteri Sabah itu sebagai ejen kepada Filipina.

Selain itu, Pengerusi G57, Datuk Zulkarnain Mahdar turut meminta pihak polis melakukan siasatan berhubung tuduhan tersebut kerana ia melibatkan soal kedaulatan negara.

Zulkarnain berkata, siasatan harus dijalankan segera terhadap Shafie susulan dakwaan yang dibuat pemilik Facebook Jfazli Shi Ahmad itu menimbulkan kegusaran awam khususnya rakyat Sabah.

“Shafie sepatutnya tampil bersihkan namanya atau melakukan laporan terhadap pihak polis mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia jika dakwaan yang dibuat aktivis itu tidak benar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Terdahulu, Zulkarnain membuat empat laporan dan tiga daripadanya membabitkan Shafie manakala satu lagi meminta pihak polis menjalankan siasatan terhadap ahli parti Warisan, Ismaily Bungsu kerana mengaibkan Yang Di-Pertuan Agong serta menghasut rakyat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Republik.- K! ONLINE

The post G57 minta Shafie tampil beri penjelasan appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *