Farmasi rugi RM10,000 dipecah masuk

Oleh ASLIZA MUSA

TANJUNG MALIM – Sebuah farmasi kerugian kira-kira RM10,000 selepas dipecah masuk dalam kejadian di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kejadian itu dimaklumkan pemilik farmasi berkenaan kepada pekerja wanitanya pada pukul 7.30 pagi.

Katanya, pemeriksaan wanita itu di premis berkenaan mendapati mangga pintu farmasi telah diumpil manakala dua mesin juruwang dan dua buah telefon bimbit milik farmasi telah hilang.

“Siasatan mendapati terdapat kesan umpil di pintu masuk farmasi berkenaan manakala kamera litar tertutup (CCTV) dan penggera yang berada di premis itu rosak dan tidak berfungsi.

“Pemilik premis tersebut dianggarkan mengalami kerugian kira-kira RM10,000 dan siasatan lanjut kes berkenaan sedang dijalankan,” katanya di sini hari ini. -K! ONLINE

The post Farmasi rugi RM10,000 dipecah masuk appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *