Fahaman HTM: Polis dakwa ikut Sosma jika langkaui keselamatan

JOHOR BAHRU – Polis Johor memberi amaran kepada ahli ajaran fahaman Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) supaya tidak bertindak melangkaui garisan keselamatan sehingga mengganggu gugat keharmonian dalam negara ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya akan menangkap dan mendakwa mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) jika berbuat demikian.

“Ideologi fahaman HTM menolak demokrasi dan melabelkan kerajaan Malaysia sebagai kerajaan kufur, kafir dan sebagainya, yang wajib diguling menggunakan kekerasan tetapi setakat ini belum ada aksi atau tindakan ke arah seperti saya sebutkan tadi (kekerasan).

“Setakat ini belum ada tangkapan lagi, ini bidang kuasa jabatan agama namun polis sentiasa memantau pergerakan kumpulan ini, jika melangkaui garisan keselamatan polis akan ambil tindakan tegas mengikut Sosma,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Muka depan Kosmo! hari ini melaporkan kerajaan Johor menerusi Jabatan Mufti akan memerangi penularan fahaman HTM yang didapati cuba memecahbelahkan perpaduan kaum dalam kalangan umat Islam di negeri ini.

Antara fahaman HTM ialah harus mencium wanita bukan mahram tanpa maksud zina serta menonton video lucah.

Dalam pada itu, Ayob Khan berkata, sehingga kini Polis Johor menerima 17 laporan dan kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 298 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau berkata, kumpulan HTM dikesan aktif merekrut ahli baharu bagi termasuk golongan berpendidikan seperti pelajar universiti, ahli akademik kanan serta profesional yang lain.

Jelasnya, lebih 80 ahli HTM dikesan bergerak aktif sejak tahun 2005 dan menjadikan markas mereka di Skudai di sini sebagai pusat penyebaran fahaman tersebut. – K! ONLINE

The post Fahaman HTM: Polis dakwa ikut Sosma jika langkaui keselamatan appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *