Empat penguatkuasa MBSA dan seorang peniaga warga Acheh tiba di mahkamah

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Empat penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang sebelum ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana melindungi aktiviti judi haram di sekitar Sungai Buloh tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Turut dibawa untuk mendapatkan perintah reman adalah seorang peniaga warga Acheh kerana tiada dokumen perjalanan.

Kesemua mereka tiba di pekarangan Kompleks Istana Kehakiman, di sini kira-kira pukul 8.35 pagi diiringi pegawai SPRM.

Empat pegawai penguat kuasa MBSA berusia 39 hingga 49 tahun ditahan SPRM semalam selepas hadir memberi keterangan.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, penguatkuasa berkenaan ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Penahanan berkenaan dilakukan susulan tular dua klip video di media sosial yang mendakwa pihak berkuasa gagal dalam memantau dan menguatkuasakan undang-undang selain dikatakan menerima rasuah daripada premis-premis perniagaan tanpa lesen di sekitar Sungai Buloh beberapa hari lalu. -K! ONLINE.

The post Empat penguatkuasa MBSA dan seorang peniaga warga Acheh tiba di mahkamah appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *