Ejen hartanah beri rasuah ditahan

JOHOR BAHRU – Seorang ejen hartanah sambilan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam selepas disyaki cuba memberi suapan RM1,000 kepada amggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurut sumber, suspek berusia 41 tahun itu didapati memberikan wang tersebut kepada penguat kuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK) agar tidak dikenakan sebarang tindakan membabitkan kesalahan mempamerkan iklan tanpa kebenaran.

Menurutnya, suspek bertindak demikian bagi mengelakan dikenakan kompaun sebanyak RM8,000.

“Suspek itu didapati berbuat demikian sebagai dorongan tidak mengambil tindakan atas kesalahan di bawah JPU 24 Undang-Undang Kecil (UUK) 7(1) iaitu mempamerkan beberapa iklan tanpa kebenaran.

“Dia kemudian ditahan sekitar pukul 5.00 petang semalam di pejabat SPRM cawangan Kluang bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan,” kata sumber itu hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.-K! ONLINE.

The post Ejen hartanah beri rasuah ditahan appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *