Dr. Ahmad Fauzi dilantik Naib Canselor UTM

JOHOR BAHRU – Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Datuk Ts Dr. Ahmad Fauzi Ismail dilantik sebagai Naib Canselor yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Ahmad Fauzi memegang jawatan itu bagi menjalankan tugas dan fungsi sementara menerima Naib Canselor UTM yang baharu.

UTM dalam satu kenyataan memaklumkan Ahmad Fauzi menyandang jawatan itu selepas Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar
telah menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Naib Canselor UTM yang keenam bermula 31 Ogos 2020.

Wahid ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Tugas pada 30 Ogos lalu meminta semua warga terus memberi sokongan padu kepada pemimpin yang akan menerajui UTM dengan berpegang kepada falsafah, visi dan misi UTM.

“Saya berharap agar semua ahli pengurusan tertinggi universiti ssrta semua warga UTM dapat terus bersama-sama menjayakan agenda universiti berdasarkan kepada nilai teras integriti, sinergi, kecemerlangan, dan kelestarian.

“Kita perlu sentiasa bersinergi, inklusif,engagement dan sering saling mengingatkan tentang amanah dan pertanggungjawaban kerana UTM adalah mandat negara kepada kita.

“UTM institusi pendidikan tinggi tersohor, membina manusiayang bukan sahaja memiliki ilmu dan keupayaan teknikal yang hebat, tetapi memiliki nilai luhur kemanusiaan yang mampu membina kemakmuran dan kesejahteraan sejagat,”katanya.

Menurut Wahid, UTM sedang bersedia dengan EnVision UTM 2025 dengan memperkasakan warga muda sebagai pemimpin untuk melakar impian UTM.

Tambah beliau selepas ini tumpuan akan diberikan kepada tugas sebagai ahli akademik di Sekolah Kejuruteraan Awam (SKA) serta memberi khidmat berdasarkan pengalaman dalam pengurusan pengajian tinggi seperti aspek kepimpinan, pengurusan projek, strategi dan kewangan. – K! ONLINE

The post Dr. Ahmad Fauzi dilantik Naib Canselor UTM appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *