Debu Gunung Sinabung tidak jejas kualiti udara

KUALA LUMPUR – Letusan Gunung Berapi Sinabung di Sumatera Utara, Indonesia yang berlaku pada Isnin lalu tidak menjejaskan kualiti udara negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), Jailan Simon berkata, kesan daripada debu gunung berapi itu hanya menjejaskan operasi penerbangan bukan kualiti udara.

Bagaimanapun katanya, ketika ini Gunung Berapi Sinabung masih lagi aktif dan boleh meletus dari semasa ke semasa.

“Berita mengenai kesan debu Gunung Berapi Sinabung ke atas kualiti udara di Malaysia sehingga hujung minggu ini adalah tidak benar.

“Met Malaysia menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berkenaan isu ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Justeru, orang ramai perlu sentiasa peka dengan maklumat yang dikeluarkan Met Malaysia melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial.- K! ONLINE

The post Debu Gunung Sinabung tidak jejas kualiti udara appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *