DBKL sambut baik pelantikan Datuk Bandar baharu

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyambut baik pelantikan Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu, Datuk Mahadi Che Ngah hari ini.

DBKL dalam kenyataannya di laman Facebook mengalu-alukan pelantikan tersebut dan mengucapkan selamat datang kepada Mahadi.

“Selamat datang dan selamat bertugas kepada Mahadi yang dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur baharu untuk tempoh dua tahun.

“Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan pelantikan Datuk Bandar untuk kali ke-13 itu telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” katanya dalam kenyataan itu di sini hari ini.

Jelasnya lagi, pelantikan Mahadi bagi menggantikan Datuk Nor Hisham A. Dahlan yang menamatkan perkhidmatan semalam setelah berkhidmat selama dua tahun. – K! ONLINE

The post DBKL sambut baik pelantikan Datuk Bandar baharu appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *