Cucu Tun M ditahan kerana langgar PKPP

KUALA LUMPUR – Cucu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ditahan polis kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Sabtu lalu.

Meera Alyanna Mukhriz, 25, ditahan di sebuah pusat hiburan di sekitar ibu kota kira-kira pukul 1.20 pagi.

Difahamkan, serbuan ke atas pusat hiburan tersebut dilakukan selepas pihak polis menerima maklumat premis itu beroperasi melebihi masa yang dibenarkan.

Selain anak sulung kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, 30 lagi individu turut ditahan dalam serbuan terbabit.

Kesemua mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI) untuk tindakan lanjut.-K! ONLINE

The post Cucu Tun M ditahan kerana langgar PKPP appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *