China lulus vaksin Covid-19 buatan tempatan kedua

BEIJING – Pihak berkuasa ubat-ubatan China memberikan kelulusan bersyarat kepada vaksin koronavirus kedua iaitu CoronaVac buatan Sinovac, kata syarikat farmaseutikal itu hari ini.

Vaksin itu telah diberikan kepada beberapa kumpulan berisiko tinggi sebelum ini tetapi kelulusan hari ini membenarkan CoronaVac digunakan terhadap orang awam.

Kelulusan itu diberikan selepas beberapa ujian domestik dan seberang laut melibatkan vaksin tersebut dilakukan termasuk Brazil dan Turki.

“Namun, tahap keberkesanan dan keselamatan vaksin tersebut perlukan pengesahan lanjut,” kata Sinovac dalam satu kenyataan.

Satu lagi syarikat pengeluar vaksin China, Sinopharm menerima kelulusan serupa pada Disember tahun lalu.

Sinovac berkata, ujian klinikal di Brazil menunjukkan CoronaVac 50 peratus berkesan dalam menghalang jangkitan Covid-19 dan 80 peratus berkesan mencegah jangkitan teruk wabak itu. – AFP

The post China lulus vaksin Covid-19 buatan tempatan kedua appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *