Celcom alami masalah teknikal

KUALA LUMPUR- Syarikat telekomunikasi negara, Celcom mengalami masalah teknikal hari ini sehingga menjejaskan perkhidmatan perkara kepada jutaan pengguna.

Celcom bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci masalah teknikal itu.

“Para pelanggan di beberapa kawasan di seluruh negara mungkin mendapati perkhidmatan data dan suara terkesan akibat isu teknikal yang sedang kami alami.

“Pasukan teknikal kami sedang bekerja keras untuk menyelesaikan masalah ini dan memulihkan perkhidmatan secepat mungkin,” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebook hari ini.

Sementara itu, ramai pelanggan Celcom meluahkan rasa tidak puas hati di laman sosial sehingga tanda pagar #Celcom trending nombor satu mengalahkan #MPPUPSI. – K! ONLINE

The post Celcom alami masalah teknikal appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *