Budak 6 tahun dipercayai mati lemas di Sungai Kedondong

HULU SELANGOR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dipercayai mati lemas selepas hanyut ekoran kejadian kepala air di Sungai Kedondong, Kuala Kubu Bharu di sini petang tadi.

Dalam kejadian pukul 3 petang itu, mangsa, Abdul Wafi Wuuzir ditemui anggota bomba dicelahan batu selepas dihanyutkan arus deras.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 3.09 petang sebelum sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, pihak bomba dimaklumkan terdapat 16 individu membabitkan tiga kumpulan berkelah di kawasan itu terperangkap akibat kepala air dengan lima daripadanya dihanyutkan arus deras.

“Seorang wanita dipercayai naik sendiri ke tebing, manakala dua lelaki berjaya menyelamatkan diri dengan duduk di atas batu sementara seorang lagi wanita diselamatkan anggota bomba.

“Kanak-kanak lelaki yang dihanyutkan arus deras itu pula, ditemui pada pukul 5.44 petang dan pihak polis kini mengalami kesukaran untuk membawa mangsa ke tebing susulan air masih deras,” katanya ketika dihubungi hari ini.- K! ONLINE

The post Budak 6 tahun dipercayai mati lemas di Sungai Kedondong appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *