Bomba keluarkan ular sawa dalam mesin pam

KUALA LUMPUR- Orang ramai di stesen minyak Petron, Taman Melati di sini gempar apabila seekor ular sawa menyelinap masuk ke sebuah pam minyak.

Jurucakap Bomba memberitahu, Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju menerima panggilan kecemasan pada pukul 12:37 tengah hari sebelum lapan anggota dan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bergegas ke tempat kejadian.

“Setibanya jentera dilokasi kejadian pukul jam 12:39, didapati benar terdapat seekor ular sawa sepanjang lapan kaki berada didalam sebuah pamp minyak di stesen minyak Petron tersebut.

“Anggota Bomba telah berjaya menangkap ular tersebut pada jam 12:44. Tiada mangsa yang terlibat,” menurut kenyataan itu yang dikeluarkan hari ini.

Beberapa hari lalu tular di laman media sosial BBP Wangsa Maju menerima ‘pelawat’ seekor ular yang sesat di kawasan balai. -K! ONLINE

The post Bomba keluarkan ular sawa dalam mesin pam appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *