Bekas pemandu e-hailing dipenjara 5 tahun, 10 sebatan

KUALA LUMPUR – Padah memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 39.5 gram, seorang bekas pemandu perkhidmatan e-hailing dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail menjatuhkan hukuman itu ke atas B.Nivaash Kumar ,28, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 18 Julai 2019.

Mengikut pertuduhan Nivaash Kumar didakwa memiliki 39.5 gram dadah jenis methamphetamine di kawasan tempat letak kereta di hadapan sebuah restoran di Jalan Klang Lama di sini pukul 12.45 pagi pada 18 Julai 2019.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 12(2)Akta Dadah Berbahaya 1952 yang diboleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan maksimumĀ 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nurul Khairiyah Samsudin memohon hukuman berbentuk pengajaran kerana jenayah dadah adalah musuh negara.

Bagaimanapun peguam Joseph Iruthayam yang mewakili tertuduh memohon agar anak guamnya dikenakan hukuman ringan dengan alasan merupakan kesalahan pertama. – K! ONLINE

The post Bekas pemandu e-hailing dipenjara 5 tahun, 10 sebatan appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *