Bekas Mufti Johor penerima Tokoh Maal Hijrah

Oleh SHARKAWI LONDING

JOHOR BAHRU – Bekas Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsuddin diumum sebagai penerima Anugerah Maal Hijrah Tahun 1442H Peringkat Negeri Johor hari ini.

Mohd. Tahrir menerima wang tunai RM10,000, sijil penghargaan dan hadiah iringan bernilai RM 2,000 yang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad.

Beliau berkata, penyebaran ajaran liberalisme dan pluralisme di negara ini khususnya di Johor dapat ditangkis sekiranya semua pihak berganding bahu merencanakan strategi dakwah.

Jelasnya, kerja-kerja dakwah adalah sepanjang masa dan tugas itu tidak terhenti serta perlu diteruskan hingga hari ini dengan menangani kedua-dua ajaran tersebut.

“Agama Islam ini seperti cahaya matahari yang tiada siapa boleh menghalangnya, maka soal sama berlaku kepada liberalisme dan pluralisme. Dua ajaran ini tidak sekat cahaya Islam.

“Maka sejak dahulu lagi, usaha dakwah tidak pernah putus, maka kedua-dua ajaran ini boleh ditangkis melalui usaha dakwah yang dimainkan oleh semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah 1442 Peringkat Negeri Johor di Pusat Iskandar Johor di sini hari ini.

Sementara itu, pembantu tadbir, Nur Salina Pei Abdullah, 32, yang diumumkan penerima Anugerah Maal Hijrah Saudara Kita.

Manakala, Anugerah Maal Hijrah Orang Asli adalah Yusri Abdullah, 40, yang merupakan Orang Asli Suku Jakun.

Mereka masing-masing menerima wang tunai RM2,000, sijil penghargaan dan hadiah iringan bernilai RM1,000.

The post Bekas Mufti Johor penerima Tokoh Maal Hijrah appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *