Bekalan elektrik lapan premis judi dipotong

KUALA LUMPUR – Polis Brickfields dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad memotong bekalan elektrik di lapan premis yang didapati berdegil menjalankan kegiatanv judi online di sekitar daerah ini antara 13 dan 17 Ogos baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd. Zainuddin @ Hilmi berkata, operasi bersepadu tersebut dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields ekoran kegiatan perjudian online yang dilihat semakin berleluasa.

“Sebanyak 18 buah premis judi dikesan dalam kawasan pentadbiran IPD Brickfields.

“Daripada jumlah itu, sebanyak lapan premis telah dipotong bekalan elektrik manakala selebihnya bertukar kepada pengurusan baharu yang tidak terlibat dengan perjudian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zairulnizam, tindakan diambil mengikut Seksyen 21A(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Pindaan 2001) dan Akta Bekalan Elektrik 1990.

Pada minggu lalu, polis menumpaskan 61 sindiket judi online sejak Januari hingga Julai lalu.  -K! ONLINE

The post Bekalan elektrik lapan premis judi dipotong appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *