Bekalan elektrik enam premis judi dalam talian dipotong

Oleh AZAHAR HASHIM

KULIM – Polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertindak memotong bekalan elektrik di enam premis yang dikesan menjalankan kegiatan perjudian dalam talian di sekitar daerah ini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, operasi melibatkan sebuah premis di Padang Serai dan Sungai Kob; dua di Labu Besar dan dua lagi di Mahang dilakukan bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari tadi.

“Semua premis itu diserbu antara Januari hingga Julai lalu dan telah dikenakan tindakan undang-undang,” katanya di sini hari ini.

“Pemotongan bekalan elektrik ini dilakukan pihak polis dan syarikat pembekal tenaga elektrik di bawah Seksyen 21A(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” ujarnya.

Katanya, pemotongan bekalan elektrik dilakukan bagi memastikan premis judi dalam talian itu tidak kembali beroperasi.

Selain itu, barang rampasan seperti meter dan fius dibawa balik untuk disimpan di Pejabat TNB Daerah Kulim.

Beliau pada masa sama meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kegiatan perjudian di kawasan mereka agar segera melaporkannya kepada pihak polis.-K! ONLINE

The post Bekalan elektrik enam premis judi dalam talian dipotong appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *