Bastianini kesal insiden menimpa Hafizh

KUALA LUMPUR – Pelumba Moto2 pasukan Italtrans Racing, Enea Bastianini menyuarakan kekesalan atas insiden yang menimpa pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah.

Hafizh gagal menamatkan perlumbaan pada Grand Prix (GP) Austria di Litar Red Bull Ring petang tadi selepas merempuh jentera Bastianini pada pusingan keempat perlumbaan.

Justeru, Bastianini berharap pelumba pasukan Aspar itu pulih sepenuhnya, sekali gus boleh bersaing pada perlumbaan akan datang.

“Saya sangat menyesal dengan apa yang berlaku. Saya doakan Syahrin tidak alami sebarang kecederaan serius dan pulih sepenuhnya.

“Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata yang tepat. Sama-sama kita harap yang terbaik serta nantikan perlumbaan seterusnya,” kata Bastianini menerusi ciapan di laman Twitter miliknya.- K! ONLINE

The post Bastianini kesal insiden menimpa Hafizh appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *