BAM anjur kejohanan simulasi Piala Thomas, Uber

PERSATUAN Badminton Malaysia sedia menghimpunkan pemain-pemain terbaik bagi menyertai kejohanan Piala Presiden yang akan berlangsung di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara pada 16 dan 17 September ini.

Kejohanan yang julung-julung kali diadakan itu bertujuan membolehkan skuad Piala Thomas dan Uber negara menjalani pertandingan simulasi sebelum saingan sebenar berlangsung bulan depan.

Pertandingan itu bakal menghimpunkan 20 pemain yang akan dibahagikan kepada dua kumpulan serta digandingkan dengan pemain-pemain terbaik bagi merebut gelaran.

Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann berkata, kejohanan itu diadakan bagi memberi peluang kepada pemain bagi merasai tekanan serta suasana sebenar yang bakal dihadapi pada saingan Piala Thomas dan Uber nanti.

“Ini adalah kejohanan berpasukan, oleh itu pemain-pemain akan dibahagikan kepada dua kumpulan dengan kekuatan seimbang bagi merebut kejuaraan.

“Kejohanan ini sebenarnya adalah sebagai bayangan suasana sebenar yang bakal dihadapi pada Piala Thomas dan Uber. Kebanyakan pemain kita belum pernah beraksi pada kejohanan itu,” kata Choong Hann. K! ONLINEhe

The post BAM anjur kejohanan simulasi Piala Thomas, Uber appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *