Azmin sah sertai Bersatu

KUALA LUMPUR- Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan bersetuju menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengumuman itu dibuat di hadapan Perdana Menteri sekali gus menyatakan sokongan terhadapnya pada majlis Kongres Negara: Bersatu untuk Malaysia di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini sebentar tadi.

Terdahulu bekas Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memaklumkan beliau dan kumpulan yang keluar PKR belum menyertai Bersatu.

Katanya, mereka masih menunggu sehingga Bersatu menyelesaikan pemilihan dan perhimpunan agung parti terlebih dahulu sebelum menyertai parti itu.

24 Februari lalu, seramai 11 ahli Parlimen mengumumkan keluar daripada PKR dan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk sebuah blok bebas di Parlimen. – K! ONLINE

The post Azmin sah sertai Bersatu appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *