Ahli perniagaan ditembak depan rumah

SERDANG – Seorang ahli perniagaan cedera pada bahagian pinggang selepas terkena satu das tembakan di hadapan rumahnya di BK 5/3 Bandar Kinrara di sini hari ini.

Kejadian berlaku pukul 11 pagi ketika mangsa berusia 30-an itu memasuki pekarangan rumahnya menaiki sebuah kereta.

Difahamkan, mangsa baru pulang makan dari sebuah restoran berhampiran bersama isteri dan anaknya.

Satu sumber berkata, suspek yang menunggang motosikal itu melepaskan tembakan sebaik mangsa keluar dari keretanya.

“Suspek dikatakan memanggil nama mangsa dan sebaik dia toleh suspek melepaskan satu das tembakan.

“Mangsa cedera pada bahagian pinggang akibat terkena tembakan itu dan dikejarkan ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Difahamkan, mangsa menguruskan perniagaan bersama keluarganya. – K! ONLINE

The post Ahli perniagaan ditembak depan rumah appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *