AHIN iktiraf pereka cipta, pencipta harga intelek

KUALA LUMPUR – Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) akan menganjurkan Majlis Anugerah Harta Intelek Negara (AHIN) bagi mengiktiraf pereka cipta serta pencipta harta intelek yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara.

Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Mohd. Roslan Mahayudin berkata, seramai 138 pereka cipta dan pencipta dari seluruh negara telah menghantar penyertaan mereka yang dibuka pada 7 Julai sehingga tarikh tutup pada 18 September lalu.

“Hanya dua kategori iaitu Kategori Perekacipta Harta Intelek dan Kategori Perekacipta Muda Harta Intelek dipertandingkan pada tahun ini yang melibatkan saringan di peringkat zon seterusnya ke peringkat kebangsaan.

Bagi Kategori Perekacipta Harta Intelek, MyIPO telah menerima 68 penyertaan, manakala Kategori Perekacipta Muda Harta Intelek pula 70 penyertaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jumlah keseluruhan hadiah yang ditawarkan ialah sebanyak RM34,100. – K! ONLINE

The post AHIN iktiraf pereka cipta, pencipta harga intelek appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *