ADUN Galas sediakan tempat belajar untuk PdPR

GUA MUSANG – Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas mewujudkan tempat belajar kepada pelajar pinggir bandar yang menghadapi masalah capaian internet ketika proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, idea berkenaan timbul selepas menerima rungutan daripada ibu bapa dan pelajar yang berdepan masalah ketiadaan peranti dan capaian internet di rumah mereka.

Katanya, selain internet dengan kelajuan 300 megabit sesaat (Mbps), kemudahan seperti komputer, komputer riba, tablet dan pencetak kertas secara percuma turut disediakan bagi membantu pelajar yang berdepan masalah itu.

“Kita tahu Gua Musang merupakan kawasan berbukit-bukau menyebabkan lebih 10 kawasan kampung di DUN Galas menghadapi masalah capaian internet.

“Saya berharap usaha ini akan membantu para pelajar sekolah dan universiti awam yang mempunyai masalah capaian internet di rumah masing,” katanya kepada pemberita selepas hadiir ke majlis Place Of Study@Galas di Pusat Khidmat DUN Galas di Bandar Utama di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Gua Musang, Hamzah Abdullah dan Pengerusi Majlis Guru Besar Gua Musang, Ruhaled Ab. Hamid.

Tambah Mohd. Syahbuddin, tempat belajar itu setiap hari Sabtu hingga Khamis bermula pukul 8.30 pagi setiap hari. -K! ONLINE

The post ADUN Galas sediakan tempat belajar untuk PdPR appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *