ADUN Ayer Limau Positif Covid-19 

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

MELAKA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Datuk Amiruddin Yusof disahkan positif Covid-19 dan kini menjalani rawatan di Hospital Melaka.

Amiruddin ketika dihubungi memberitahu,  pasukan kesihatan telah datang ke rumahnya kira-kira pukul 4 petang semalam untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Pasukan perubatan telah datang kerumah dan membawa saya ke hospital dengan menaiki ambulans.

“Susulan itu isteri dan anak saya juga sudah melakukan ujian swab dan menunggu keputusan selain perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah,” katanya.

Difahamkan, Amiruddin bersama beberapa pemimpin UMNO Melaka termasuk Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dikatakan baru pulang dari Sabah bagi membantu kempen Pilihanraya Negeri itu.

Amiruddin turut dilihat menjawab komen di satu hantaran di laman Facebooknya memaklumkan, beliau disahkan positif selepas menjalani saringan kali kedua.

Jelasnya pada komen tersebut, dia telah dimaklumkan negatif oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Alor Gajah dan telah memotong gelang kuarantin.

Beliau kemudian telah membuat beberapa urusan peribadi dan pejabat yang tertangguh sebelum dimaklumkan ujian kedua tersebut positif. – K! ONLINE

The post ADUN Ayer Limau Positif Covid-19  appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *