7 ditahan angkara merusuh

KUALA LUMPUR – Bertindak setelah mendapat maklumat daripada orang ramai, pihak polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya berjaya menahan tujuh orang warga tempatan yang dipercayai terlibat merusuh kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, kejadian yang berlaku di kawasan kondominium Jalan PJS 10/11 itu melibatkan pergaduhan bersenjata sekumpulan lelaki warga tempatan.

“Daripada maklumat yang diperolehi, sebuah kereta peronda pergi ke tempat kejadian dan mendapati sekumpulan lelaki sedang begaduh sebelum ada antara mereka melarikan diri.

“Namun, anggota polis berjaya menahan tiga orang daripada mereka yang didapati warga tempatan berumur lingkungan 37 hingga 45 tahun,” jelasnya melalui satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Nik Ezanee, susulan penangkapan itu, pada pukul 11.30 malam kelmarin pihaknya berjaya membuat tangkapan terhadap empat lagi lelaki warganegara tempatan berusia antara 36 hingga 46 tahun di sekitar PPR Petaling Jaya disyaki terlibat dalam kajadian sama.

“Siasatan awal terhadap suspek ke 4 telah membawa kepada penemuan senjata yang digunakan semasa kejadian yang mana telah dibuang dalam longgokan sampah di sebuah kuil yang terletak di PJS 10/11 Petaling Jaya.

” Pihak polis turut merampas sebatang kayu (kaki meja), sebatang kayu golf dan sebuah botol kaca, helmet, t-shirt yang mempunyai tompokan darah dan tiga buah telegon bimbit milik suspek.

Tambah Nik Ezanee, semakan rekod jenayah lampau mendapati kesemua suspek mempunyai pelbagai rekod dalam kes jenayah dan penyalahgunaan dadah.

“Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan akibat gaduh gempar.

“Jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun atau kedua-duanua sekali, pihak polis juga masih mengesan suspek lain yang terlibat semasa kejadian,” katanya. – K! ONLINE.

The post 7 ditahan angkara merusuh appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *