673 dikompaun semalam, paling tinggi sejak PKPP dilaksanakan

PUTRAJAYA – Sebanyak 778 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam dengan 673 daripadanya dikompaun iaitu jumlah tertinggi sejak perintah itu dilaksanakan 10 Jun lalu.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan paling tinggi adalah aktiviti di kelab malam dengan 600 tangkapan diikuti aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal sebanyak 127.

Beliau berkata, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diminta bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia untuk mengenakan tindakan tegas terhadap premis pusat hiburan yang beroperasi lebih masa termasuk menarik balik lesen perniagaan mereka.

“Task Force akan terus mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak mematuhi SOP PKPP yang ditetapkan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Aman Jaya, Kedah akan berkuat kuasa sehingga 10 September depan. -K! ONLINE

The post 673 dikompaun semalam, paling tinggi sejak PKPP dilaksanakan appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *