6,012 kematian akibat Covid-19 hari ini

PARIS – Virus Covid-19 membunuh sekurang-kurangnya 916,372 orang sejak pandemik tersebut muncul di China pada Disember 2019, demikian menurut angka daripada sumber-sumber rasmi yang dikumpulkan agensi berita AFP hari ini.

Sekurang-kurangnya 28,534,330 kes Covid-19 telah direkodkan, manakala daripada jumlah tersebut, sekurang-kurangnya 19,016,500 pesakit sembuh.

Angka itu yang dikumpulkan menggunakan statistik pihak-pihak berkuasa dan maklumat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dipercayai merangkumi sebahagian sahaja daripada jumlah jangkitan sebenar.

Ini kerana banyak negara hanya melakukan ujian saringan terhadap pesakit yang menunjukkan simptom dan kes Covid-19 serius.

Semalam (Jumaat) sejumlah 6,012 kematian baharu dan 316, 377 kes baharu koronavirus di rekodkan di seluruh dunia. Negara mencatatkan kematian baharu paling besar ialah Amerika Syarikat (AS) dengan 1,289 kematian diikuti India (1,201) dan Brazil (874).

AS kekal negara paling teruk terjejas dengan 193,016 kematian daripada 6,445, 800 kes, manakala sekurang-kurangnya 2,417,878 orang diisytihar sembuh.

Selepas AS, kelompok negara paling teruk terjejas adalah Brazil dengan 130,396 kematian daripada 4,282,164 kes diikuti oleh India (77,472 kematian 4,659,984 kes), Mexico (70,183 kematian, 658,299 kes) dan Britain (41,614 kematian, 361,677 kes).

Sementara itu, China tidak termasuk Hong Kong dan Macau, telah mengisytiharkan 85,174 kes Covid-19 setakat ini termasuk 4,634 kematian dan 80,386 kes sembuh. – AFP

The post 6,012 kematian akibat Covid-19 hari ini appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *