50 peratus `pengundi putih’ BN telah mengundi – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa lebih 50 peratus `pengundi putih’ (pasti mengundi Barisan Nasional) keluar mengundi setakat pukul 2.30 petang ini.

Beliau yang menjalani kuarantin di rumah mendakwa maklumat tersebut daripada Ketua Pemuda dan Penyelaras Jentera Pemuda Barisan Nasional bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Asyraf Wajdi berharap situasi tersebut berterusan sebelum tempoh mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tamat petang ini.

“Setakat pukul 2.30 petang ini dikebanyakan DUN BN (Barisan Nasional) bertanding sudah melepasi 50 peratus `pengundi putih’ yang keluar.

“Jentera Pemuda BN di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) telah diarah menjejaki semua `pengundi putih’ terutama pengundi muda yang masih belum keluar hingga ke rumah masing-masing,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook beliau hari ini. – K! ONLINE

The post 50 peratus `pengundi putih’ BN telah mengundi – Asyraf Wajdi appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *