33 buah bas baharu untuk kemudahan penduduk Lembah Klang

KUALA LUMPUR – Rapid Bus Sdn. Bhd. (Rapid Bus), anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengeluarkan sebanyak 33 buah bas perantara Transit Aliran Ringan (LRT) untuk kemudahan orang awam di sekitar Lembah Klang.

Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, ianya merupakan satu projek perintis bagi meningkatkan jumlah penumpang.

“Sebanyak 33 buah bas baharu yang mampu memuatkan seramai 67 orang penumpang pada satu masa akan beroperasi sepanjang 10 laluan stesen LRT.

“Penyusunan semula 3 laluan bagi T221 (Stesen LRT Sri Rampai), T250 (Stesen LRT Wangsa Maju), T223 (Stesen LRT Setiawangsa) akan ditukar untuk kemudahan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian setelah melancarkan Majlis Pelancaran Wajah Baharu Bas Perantara LRT di Stesen LRT Sri Rampai hari ini.

Mengulas lanjut, Tajuddin berkata, orang ramai boleh mengunakan kemudahan perkhidmatan bas tersebut pada harga RM1. – K! ONLINE.

The post 33 buah bas baharu untuk kemudahan penduduk Lembah Klang appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *