3 maut kemalangan kereta dan lori

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

LIPIS – Tiga mangsa maut dalam kejadian kemalangan melibatkan sebuah kereta dan sebuah lori di Kilometer 19 Jalan Lipis-Merapoh di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, dalam kejadian pada pukul 6.17 petang itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Setakat ini identiti mangsa masih belum diperoleh dan maklumat penuh akan menyusul,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

The post 3 maut kemalangan kereta dan lori appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *