204 bijirin berasaskan babi dirampas KPDNHEP

PUTRAJAYA – Sebanyak 204 unit produk bijirin yang dipercayai mengandungi kandungan berasaskan babi bernilai RM2,445 dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam satu serbuan di sebuah premis perniagaan di Sungai Buloh, Selangor pada 25 Ogos lalu.

Pengarah Penguat Kuasanya, Datuk Iskandar Halim berkata, hasil siasatan mendapati, produk yang diimport dari Korea itu tidak mempunyai pelabelan berhubung nama dan alamat pengimport atau pengilang.

Menurutnya, maklumat yang tertera pada kotak produk tersebut juga ditulis dalam bahasa Korea sekali gus menyukarkan pengguna di negara ini untuk mendapatkan maklumat sewajarnya.

“Produk makanan tersebut tidak halal selain tiada sebarang maklumat dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris untuk difahami pengguna di sini.

“Pengguna boleh terkeliru serta tidak menyedari hal ini kerana penyataan tersebut tidak mengikut saiz dan warna yang jelas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

The post 204 bijirin berasaskan babi dirampas KPDNHEP appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *