17 individu hadir sambutan hari lahir dikompaun

LANGKAWI – Tindakan seramai 17 individu menghadiri majlis sambutan hari lahir di sebuah rumah berhampiran kawasan Makam Mahsuri di sini membawa padah apabila mereka dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang.

Mereka dikenakan kompaun itu atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi membuat pemantauan pematuhan SOP PKP Covid-19 di sebuah rumah di kawasan Makam Mahsuri.

“Semasa pemantauan dijalankan terdapat sekumpulan individu sedang berkumpul di dalam rumah tersebut yang mengadakan majlis sambutan hari lahir,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, pemeriksaan yang dijalankan mendapati terdapat 17 orang dewasa di dalam rumah berkenaan.

“Mereka terdiri daripada 13 lelaki berusia antara 20 hingga 32 tahun dan empat wanita berusia antara 18 hingga 24 tahun yang tinggal di sekitar Pulau Langkawi,” ujarnya.

Tambahnya, kesemua mereka dikenakan tindakan kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. – K! ONLINE

The post 17 individu hadir sambutan hari lahir dikompaun appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *