12 peratus pengurangan janaan sisa domestik di Negeri Sembilan

Oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

SEREMBAN – Jumlah sisa domestik yang terhasil di Negeri Sembilan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu, menurun kepada 21 tan berbanding 25 tan dalam tempoh yang sama, tahun lalu.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) negeri, Nordin Amat berkata, pengurangan sebanyak 12 peratus itu menunjukkan masyarakat melakukan perancangan dalam jumlah makanan yang dimasak dan tidak berlaku pembaziran semasa tempoh PKP lalu.

“Kami melihat ini sebagai perkara yang baik, berlaku penurunan sisa di tapak-tapak pelupusan.

“Ini menunjukkan juga kempen Hargai Makanan Elakkan Pembaziran yang dilaksanakan SWCorp berjaya mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang peringkat SWM Environment Negeri Sembilan, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengurus SWM Environment Sdn. Bhd. Wilayah Melaka dan Negeri Sembilan, Dr. Al’Ashari Othman berkata, sebanyak 436 Jalur Gemilang dipasang pada setiap kenderaan SWM Environment Sdn. Bhd. dan sub-kontraktor di negeri ini.

“Pemasangan bendera di kenderaan operasi SWM Environment Sdn. Bhd. dilakukan bagi menyemarakkan lagi semangat patrotisme dalam kalangan warga kerja dan menambahkan kemeriahan menyambut bulan kemerdekaan pada tahun ini.

“Bagi menambahkan kemeriahan menyambut bulan kemerdekaan tahun ini, warga kerja SWM Environment berkumpul bersama membaca ikrar Rukun Negara bagi menaikkan semangat patriotik sebagai rakyat Malaysia,” katanya – K! ONLINE

The post 12 peratus pengurangan janaan sisa domestik di Negeri Sembilan appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *